Maternity Portraiture

March 11, 2009 by  
Filed under Blog

Dalam keterujaan ibu dan bapa mengambil gambar anak-anak mereka, seringkali kita terlupa untuk mengambil gambar si ibu.. yang berpenat lelah mengandungkan anaknya 9 bulan.. dan ketika itu si ibu sangat2 glowing wajahnya menanti kelahiran bayinya walau dalam hatinya gundah gulana..

Si ayah, jangan sesekali lepaskan peluang merakam wajah-wajah isteri kesayangan yang membawa bayi kalian di dalam rahim mereka.. Apabila anak itu sudah besar kelak, mesti mereka gembira dapat melihat ‘documentari’ hidup mereka saat mereka dikandungkan, dilahirkan seterusnya membesar dewasa..

Kali ni saya nak bagi tips tentang mendapatkan maternity portrait yang baik.

1- Kandungan si ibu kalau boleh biar 6 atau 7 bulan ke atas. Sebab waktu tu dah nampak perutnya yang semakin kiut dan membesar.

2- Kalau berhajat nak ambil gambar solo ibu di outdoor, pastikan kesihatan si ibu betul2 baik, dan jangan pula memaksa dia tawaf satu taman. Cukup dengan beberapa shots yang menarik. Waktu dia duduk, berdiri, berjalan dan berangan! Dapat satu atau dua background yang bagus pun sudah memadai. Yang penting quality is better than quantity kan.

3- Jangan lepaskan peluang merakam emosi ibu mengandung di rumah.. Ibu mengandung ni memang cepat beremosi. Kadang2 mereka akan termenung, kadang2 gembira, tapi tidak kurang juga gementar. Rakamkan saat2 berharga itu. Alangkah best kalau si ibu tu sedang termenung ditepi tingkap, kita dapat merakamkannya secara kandid, dengan cahaya-cahaya samar yang datang dari luar tingkap. Oh! dah pasti akan memberikan hasil yang dramatik di situ nanti. Cuba selami perasaannya masa tu dan ambil gambarnya untuk kenangan di masa hadapan.

4- Tidak ada salahnya untuk para suami merakam gambar perut isterinya yang sedang membesar.. tanpa alas (makna saya gambar yang melihatkan kulit perut si ibu ) untuk koleksi peribadi mereka. Gambar ni boleh diambil dengan pelbagai angle. Rakamkan perut si ibu dari hadapan juga dari sisi. Ada kalangan para ibu yang agak malu melihat keadaan perutnya ketika mengandung, tetapi percayalah gambar-gambar ini nantilah yang akan membangkitkan nostalgia bila kalian tua kelak.. Bila dah tua, tengok balik gambar-gambar ni mesti semakin erat kasih sayang tu nanti kan. Mesti nanti si suami tu terharu je bila mengenangkan kembali pengorbanan si isterinya selama ni.

5- Jangan lupa close up di bahagian perut. Ada sesetengah wanita perutnya kecil sahaja waktu mengandung, jadi kalau nak menampakkan perutnya yang kiut membulat itu, minta isteri memegang perutnya, mungkin kena tarik sikit bajunya bagi menampakkan struktur perut. Wah!

6- Jangan lupa anak-anak yang lain. Atau anak-anak yang terdahulu. Especially jika ini bukan merupakan kandungan pertama, pastikan ada gambar anak2 bersama ‘bakal’ adik mereka sekali.

7- Tiada yang lebih membahagiakan bagi si isteri selain dapat bergambar bersama suami tersayang memegang perutnya, memeluk dia erat, mencium dahinya tanda penghargaan atas pengorbanan yang tidak ternilai oleh isterinya. Lebih-lebih lagi kalau itu ditakdirkan satu-satunya anak mereka dan tidak berpeluang mengandung lagi. Kalau dalam kes ini iaitu si suami juga perlu ada di dalam gambar, tiada salahnya anda meng ‘hire’ professional photographer untuk merakamkan detik-detik indah kalian berdua menantikan kelahiran cahayamata. Tidak akan ada rugi walaupun sekelumit! Dan juka anda sudah ada anak-anak sebelum itu.. pastikan ada gambar anda sekeluarga bersama si ibu yang sedang berseri-seri wajahnya tu menanti saat melahirkan ahli keluarga baru untuk kalian!

Selamat mencuba!

Lepas ni insyaAllah saya akan share tips on ‘how to photograph your newborn baby’ pula. Saya pasti, mesti ramai yang suka tajuk tu nanti ;-).

Love,

Zubye
Professional Children Photographer
www.eyesofgrace.net


Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!