Practise makes perfect by Zubye

April 28, 2009 by  
Filed under Blog

Sehingga ke hari ini saya tidak pernah berpuas hati dengan gambar yang saya ambil. Selalunya selepas setiap kali gambar dihasilkan.. saya akan melihat, menilai dan mencari di mana kekurangannya.. walaupun kadang-kadang di mata orang lain gambar itu kata mereka sudah cukup perfect.. tetapi tidak pada saya.. Ya, memang saya gembira bila gambar itu cantik.. tapi secantik mana pun gambar itu mesti ada kekurangannya.. itu pada saya.. dek kerana sentiasa sahaja mencari kelemahan pada gambar-gambar yang saya ambil, ini menjadikan saya seorang yang sentiasa ingin improve dalam setiap apa yang saya lakukan.

Tidak pernah ada istilah bosan dan putus asa dalam diri saya. Ini membuatkan saya sentiasa peka dan bersedia untuk membuat sesuatu yang baru yang mungkin lain dari yang lain. Di rumah, saya prektis. Saya membaca jikalau ada masa. Saya melakukan research di internet. Saya prektis dengan mempelbagaikan setting-setting di kamera dan apply mengikut keadaan yang berbeza-beza. Saya try and error. Saya melihat gambar-gambar fotografer-fotografer tersohor yang menjadi idola dan inspirasi saya, tidak kira luar atau dalam negara. Saya teladani sikap mereka. Dan saya semat dalam hati, saya ingin berjaya seperti mereka. Begitu cara saya memperbaiki kelemahan diri saya dan improve dari masa ke semasa.

Ambil gambar perlukan kesabaran. Jika hari ini gambar kita tak jadi seperti yang kita impikan, cuba lagi. Buka hati dan minda kita untuk dikritik. Jadikan kritikan itu sebagai satu tangga untuk kita buat yang lebih baik lagi pada masa akan datang. Saya suka hasil kerja saya dikritik. Setiap orang ada mata yang berbeza dalam menilai seni, kecantikan dan kesempurnaan pada sesuatu gambar. Saya suka mengumpulkan kritikan-kritikan ini dari mata-mata yang berbeza-beza kerana ini dapat mambantu saya secara keseluruhannya.. misal kata si A kata gambar itu gelap, si B pula kata gambar tu anglenya tak cantik, si C pula kata gambar tu expression kosong. Jadi saya menjadikan kritikan si A, B dan C itu sebagai satu kata semangat untuk saya dan saya kumpulkan kritikan-kritikan itu semua untuk saya jadikan peringatan dan membaiki kesilapan saya. Supaya di masa akan datang saya tidak akan ulangi kesilapan-kesilapan yang sama.Kadang-kadang tiada pula orang yang mengkritik, jadi saya dengan sendiri berusaha untuk bertanya kepada orang lain tidak kira dari pro, viewer, kawan mahupun clients apa pendapat mereka tentang gambar yang saya ambil.

Begitu juga dengan apa yang disediakan di Photomama ni. Platform sudah di beri. Bermacam ilmu terkandung, samada di tutorial mahupun kritikan-kritikan yang diberikan oleh experts, semuanya terkandung berbagai-bagai ilmu di sini. Terpulang pada kita semua bagaimana kita ingin merebut peluang dengan ilmu yang dicurahkan.. Kita punya kuasa memilih samada ingin duduk diam dan membaca sahaja, menonton gambar-gambar yang diberikan oleh ahli-ahli forum, bercakap tapi tidak melakukan apa-apa, ataupun kita memilih untuk MENIMBA ILMU, PREKTIS SELALU, BERTANYA APA YANG TIDAK TAHU. Semuanya sudah tersedia di sini. Tepulang kepada kita untuk memanfaatkannya :-) Cuma, kita kena pegang kepada satu perkara, kejayaan tidak akan datang bergolek. Kita kena ada usaha. Begitu juga gambar. Kita mahu gambar yang cantik. Tapi kita tak akan berjaya kalau kita tak ada usaha untuk melatih skill kita, pemikiran kita. Jadi, Berlatih! Prektis! Usaha lah selagi kita terdaya dan mampu :-)

Ok, sekarang masa untuk gambar hiasan :D

One Response to “Practise makes perfect by Zubye”
  1. Milin Says:

    Yup. 300 percent agree. never be satisfied with what you have achieved for there is a lot more room for improvement ;)


Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!